PSR : Kerajaan negeri Pulau Pinang dinasihati teruskan rundingan dengan masyarakat setempat

PSR : Kerajaan negeri Pulau Pinang dinasihati teruskan rundingan dengan masyarakat setempat

Kerajaan negeri Pulau Pinang dinasihatkan agar terus mengadakan perundingan bersama masyarakat setempat dan rakyat yang akan terkesan daripada pembangunan Pelan Induk Penang South Reclamation (PSR).

Ini kerana Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-31 yang bersidang semalam telah mendengar dan seterusnya mempertimbangkan Cadangan PSR tersebut selaras dengan peruntukan perenggan 2A(2)(b) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].

Majlis tidak membuat sebarang kelulusan atau persetujuan ke atas projek tersebut tetapi telah menasihati Kerajaan Negeri dengan membabitkan 6 kementerian lain dengan 18 nasihat, ulasan dan nasihat tambahan

“Kerajaan Negeri juga dinasihatkan untuk terus mengadakan perundingan bersama masyarakat setempat dan rakyat yang akan terkesan daripada pembangunan ini dan memastikan keperluan-keperluan mereka diberi perhatian sewajarnya.

“Suka juga diingatkan bahawa permohonan ini perlu mendapatkan kelulusanLaporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) daripada agensi yang berkenaan.

“Memandangkan permohonan yang dikemukakan ini berbentuk pelan induk, ianya perlu dikemukakan semula untuk mendapatkan nasihat Majlis di bawah subseksye 22(2A), Akta 172,” ujar Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad dalam kenyataan rasmi hari ini.

MPFN terletak dibawah Kementerian Wilayah Persekutuan.

PSR adalah sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang mengandungi 3 projek utama iaitu projek Transit Aliran Ringan (LRT), Pulau Pinang Link (PIL) dan Penang South Reclamation (PSR),

Pada 15 Mac lepas Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, Dari segi kemajuan tiga projek itu, katanya, bagi LRT, kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan pelaksanaannya kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak Mac 2016 dan bagi PIL, kajian penuh yang diperlukan bakal disiapkan sebelum dikemukakan untuk kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Manakala PSR pula sedang dibuat penilaian oleh jawatankuasa teknikal Majlis Perancangan Fizikal Kebangsaan (MPFN).