Puad boleh lumpuhkan jentera Umno, kata Zam

Bekas menteri penerangan dan bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Seri Zainuddin Maidin atau lebih dikenali sebagai Zam berkata, Ketua Pengarah JASA, Datuk Mohd Puad Zarkashi boleh melumpuhkan jentera Umno pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) ini jika beliau tidak dicalonkan.

Beliau berkata demikian ekoran tularnya surat yang dikatakan ditulis oleh Puad berhubung pencalonannya pada PRU14 ini.

Kata Zam, jika benar ia merupakan surat daripada Puad Zarkashi maka bererti beliau memberi kata dua kepada pemimpin Umno untuk menentukan kedudukannnya bertanding atau tidak hingga 26 April ini iaitu sehari sebelum penamaan calon.

Sekiranya tidak maka beliau akan meletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA, kata Zam.

“Punca kemarahanya adalah oleh kerana Ketua Wanita bahagiannya seorang peguam, telah dipilih untuk menjadi calon tetapi beliau sendiri tersingkir. Dalam suratnya yang menjadi tular, beliau lebih dahulu mengsytiharkan untuk bertanding bebas P150 Batu Pahat dan N24 DUN Senggarang.

“Katanya “Saya akan berperang melawan sistem yang rosak dalam Umno dalam memilih calon untuk PRU14.”

“Meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA,Puad Zarkashi akan melumpuhkan jentera porpaganda kerajaan dan Umno yang diperlukan untuk bergerak lebih aktif, terancang dan berkesan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum k-14 (PRU14),” tulis Zam dalam blognya.

Jelas beliau, ia juga akan memberikan pukulan moral yang hebat pada pandangan masyarakat dan semangat kerja Umno sendiri.

Puad tambahnya, mungkin dianggap tidak berpengaruh tetapi jentera JASA telah pun mempunyai pengaruh hingga ke akar umbi yang hanya perlu diaktifkan pada bila-bila masa. Bagaimana jika generalnya tidak ada.

“Jika Puad melakukan apa yang telah dihebahkan menerusi suratnya yang telah pun ditularkan, maka tidaklah keterlaluan beliau boleh dianggap melakukan sabotaj terhada jentera pilihan raya Umno dan imej kepimpinan Umno. Tetapi bolehkah beliau disalahkan?

Zainuddin Maidin

“Bagi saya sendiri walau apapun dikatakan tentang kelemahan Puad tetapi ia lebih bersifat peribadi. Beliau telah menjalankan tugas dengan aktif, berani dan mengorbankan intelektualismenya terutama dalam merendahkan taraf kepimpinan dan sumbangan bekas PM, Tun Dr Mahathir kepada negara.

“Tetapi itulah kerja seorang propagandis zaman yang mahu menjamin kemenangan parti dan kepimpinan Datuk Seri Najib kerana Mahathir telah menjadi musuh utama Umno dan PM Najib,” kata beliau.

Tambah beliau, jika beliau berasa begitu kecewa, marah dan tidak adil terhadap dirinya kerana ditolak untuk menjadi calon Parlimen bagi Batu Pahat sebaliknya seorang wanita Umno yang pernah menjadi kontroversi dipilih, maka beliau adalah berhak untuk merasakan demikian.

“Siapapun pun akan melakukan apa sahaja jika pengorbanannnya tidak dinilai malah dimalukan.

“Puad berasa dianggap seperti sampah dan berikrar akan menentang sistem yang rosak sekalipun akan tersungkur bagi kali terakhir.

“Barangakali masih ada masa bagi pucuk pimpinan Umno untuk memujuknya,” katanya.

5.3
OVERALL SCORE
2 user votes x 8.0