Saksi utama pihak pendakwa bagi kes jenayah Roger Ng iaitu Tim Leissner (Timothy Leissner) banyak dedahkan keterangan- keterangan yang bersifat “juicy” dalam kes ini.
Antaranya, keterangan dia tentang hubungannya dengan beberapa wanita di luar nikah (extra marital @ illicit affairs).
Semasa pemeriksaan utama (examination-in- chief) , antaranya, dia mendedahkan selain mengadakan hubungan di luar pernikahan dengan mantan CEO Astro (khabarnya dia kata dari 2003-2013 ), dia juga mengakui ada mengadakan hubungan sulit dengan dua lagi wanita Malaysia iaitu dikatakan anak seorang Duta dan sepupu kepada seorang ahli politik di Sarawak.
Semasa pemeriksaan balas, dia pula ditanya oleh peguambela Roger Ng tentang hubungan romantiknya dengan lima wanita.
Leissner dilaporkan pernah berkahwin secara rahsia dengan dua wanita dalam masa yang sama dan dilaporkan pernah memalsukan sijil penceraian dia bagi menipu (dupe) wanita yang dia ingin kahwini (Kimora Lee Simons – mantan model di AS dan mantan isteri “music producer” Russell Simons).
Melalui pemeriksaan balas ke atas Tim Leissner, peguambela Roger Ng nampaknya berjaya mendapatkan pengakuan dari saksi itu yang dia banyak berbohong walaupun dia menyesal dengan pilihan tersebut (“I have lied a lot and i have regretted those choices”).
Dilaporkan juga bahawa pada sekitar tahun 2016, Roger Ng dan isterinya,Hwee Bin Lim, pernah mencadangkan agar Leissner bertemu feng shui untuk mengetahui sama ada mereka akan berdepan masalah.
Dan dikatakan di akhir pertemuan mereka bertiga itu, ketiga-tiga mereka merekayasa (re-engineed /crafted) “story” yang melibatkan isteri Roger Ng (puan Lim) dan mantan isteri Leissner sendiri pada ketika itu iaitu puan Judy Chan mengenai dana $ USD 35 juta itu.
Berdasarkan teori kes pihak pendakwa wang $USD 35 juta itu adalah antara wang rasuah yang dilencongkan dari wang 1MDB yang dipindahkan secara peribadi oleh Tim Leissner kepada Roger Ng.
Jika kita lihat fakta kes ini – seperti yang didedahkan – pendakwa kata sejak 2009 hingga 2014, Goldman Sachs telah berjaya “raised” $6.5 bilion melalui penjualan bon (yang mereka berjaya kutip fees sebanyak $ 600 juta) dan dari wang $6.5 bilion itu, $4.5 bilion telah dilencongkan (diverted) untuk merasuah atau menyogok antaranya para ahli politik dan pegawai kerajaan di negara ini!
Berdasarkan pembelaan Roger Ng dalam kes ini, antaranya, teori yang peguambela dia cuba tawarkan adalah Roger Ng tidak terlibat dalam jenayah kes ini kerana wang $USD 35 juta itu adalah dikatakan sebagai modal perniagaan – perkongsian perniagaan – kedua-dua isteri Roger Ng dan isteri Tim Leissner.
Banyak pihak media antarabanga yang berspekulasi bahawa keterangan Tim Leissener tentang rekayasa cerita perniagaan isteri dia dan isteri Roger Ng itu mungkin mendatangkan masalah kepada pembelaan Roger Ng.
Suatu yang agak menarik dalam kes ini adalah teori pembelaan mereka yang kena tuduh berkaitan kes yang ada kaitan dengan “puaka” 1MDB ini.
Secara zahir, kelihatannya, pembelaan Roger Ng dan pembelaan YB Pekan seolah-olah ada persamaan – masing-masing dilihat salahkan orang lain salahkan atau pihak ketiga.
Teringat lagu “bangau oh bangau!”
Jika dalam kes YB Pekan kita lihat YB Pekan nampaknya menyalahkan Jho Low yang ditonjolkan sebagai arkitek sebenar kes ini, dalam kes Roger Ng pula dia pula dilihat cuba salahkan Tim Leissner.
Menarik bukan?
InsyaAllah, saya cadang ingin kongsi keterangan mengenai usaha nak minta anak YB Pekan bekerja di Goldman Sachs.