Puashati dengan tentangan MCA, Exco Kedah tarik balik keputusan keluar parti

Puashati dengan tentangan MCA, Exco Kedah tarik balik keputusan keluar parti

Selepas meletakkan jawatan dan menghantar surat keluar dari MCA ekoran tindakan Umno membenarkan Pas membentangkan Rang Undang-undang Persendirian Akta 355, ahli Exco Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong telah menarik balik keputusannya untuk keluar daripada MCA.

 

Selepas meletakkan jawatan dan menghantar surat keluar dari MCA ekoran tindakan Umno membenarkan Pas membentangkan Rang Undang-undang Persendirian Akta 355, ahli Exco Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong telah menarik balik keputusannya untuk keluar daripada MCA.

Leong menghantar surat meninggalkan MCA kerana membantah apa yang menurutnya kegagalan parti itu untuk menghalang sokongan Putrajaya terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Presiden Pas Abdul Hadi Awang.

Leong dalam satu kenyataan berkata, beliau membuat keputusan itu selepas menyaksikan komitmen pimpinan MCA dan parti komponen BN yang lain dalam menentang RUU itu.

Katanya, ia juga ekoran gesaan akar umbi parti itu supaya beliau kembali bersama parti dan menyokong presiden MCA dan jawatankuasa pusat parti itu dalam mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Ekoran itu, tegasnya, beliau telah memutuskan untuk menarik balik keputusannya untuk keluar parti, katanya.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menegaskan bahawa beliau tidak ada menerima sebarang cadangan nama daripada MCA untuk menggantikan anggota exco kerajaan negeri, Datuk Dr Leong Yong Kong.

Ahmad Bashah berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut, selain menyifatkannya hanya sekadar khabar angin biasa.

“Tak ada perkara seperti itu…dan saya pun tidak tahu…tak terima cadangan, jumpa pun tidak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Biro Kebajikan Umno ke Kedah.

Menteri Besar mengulas dakwaan kononnya beliau sudah menerima nama calon yang akan menggantikan Leong, memandangkan hanya satu kuota exco kerajaan negeri diperuntukkan kepada MCA.

Leong yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Gurun dalam satu sidang media di Sungai Petani baru-baru ini mengumumkan akan keluar dari MCA kerana tidak berpuas hati dengan pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2010) di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, beliau tidak meletakkan jawatannya sebagai anggota exco dan menyerahkan kepada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tong Lai untuk menggantikannya (sebagai timbalan pengerusi MCA Kedah).

Menyifatkan masalah itu sebagai masalah keluarga, Ahmad Bashah berkata Leong berkemungkinan kurang mendapat maklumat mengenai sesuatu perkara hingga menyebabkan beliau bertindak mahu keluar parti.

“Oleh itu saya luluskan cuti beliau selama dua minggu dan beri dia tempoh bertenang. Kita percaya perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik bersama MCA,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, isu kononnya MCA dipinggirkan dan hanya menjadi ‘sleeping partner’ dalam Barisan Nasional juga tidak seharusnya timbul.

Menteri Besar itu berkata beliau sering mengadakan mesyuarat bersama parti-parti komponen.

“Semua ada dalam mesyuarat tiada yang terpinggir,” katanya.

TAGS