Pujuk rayu kahwin demi dua ekor lembu, ‘scammer’ penganggur ditahan

Oleh MAISARAH AISYA

Zaman sekarang ‘scammer’ sudah naik taraf diri, kini guna kaedah kahwin untuk dapatkan wang tanpa perlu bekerja.

Seorang isteri di China membuat laporan polis selepas mendakwa ditipu suaminya yang hanya berkahwin demi dua ekor lembu yang dimilikinya.

Menurut South China Morning Post (SCMP), wanita itu dikenali sebagai Hongjuan dan menetap di wilayah Heilongjiang, China serta memiliki ladang.

Hongjuan akhirnya menyedari suaminya, Dacheng sebenarnya tidak berduit dan menipu dengan memujuknya untuk berkahwin, lapor SCMP memetik laporan Star Video.

Wanita tersebut bertemu lelaki tersebut di atas talian, malah Dancheng juga mendakwa dirinya kaya dan mempunyai syarikat sendiri, tiga hartanah dan wang simpanan 1.1 juta yuan (RM717,693).

Hanya selepas berkenalan selama 20 hari, mereka bersetuju untuk berkahwin namun Dacheng meyakinkan wanita itu untuk menjual dua ekor lembunya pada harga 17,000 yuan (RM11,091).

Dia juga menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila Dacheng tidak pernah pergi bekerja dan ketagih membeli tiket loteri di mana dia telah membelanjakan wang hasil jualan lembu itu.

Ketiadaan wang menyebabkan Hongjung meminta suaminya duit untuk pulang ke kampunga namun Dacheng telah menukar nombor telefon, memadam akaun media sosialnya dan menghilangkan diri.

Pihak bank juga mengesahkan bahawa akaun bersama mereka tidak mempunyai deposit 1.1 juta yuan menyebabkan si isteri menghubungi polis yang tidak lama kemudian menangkap Dacheng.

“Saya berkahwin dengannya untuk lembunya. Apabila saya perasan dia tidak mempunyai wang lagi, saya tinggalkan dia,” kata Dacheng semasa disoal siasat.

Baca juga: Suami tak sedar terkahwin adik kandung sendiri, 6 tahun bersama siap ada dua anak