Siapa sangka, pukulan ‘smash’ yang dilakukan oleh pemain beregu badminton negara, Pearly Tan lebih laju daripada kereta Formula Satu (F1).
Malah, ‘smash’ tersebut juga telah diiktiraf sebagai pukulan terpantas di dunia bagi kategori wanita oleh Guinness World Record.
Pengumuman yang mengagumkan itu dibuat oleh jenama peralatan sukan terkenal, Yonex menerusi kenyataan yang dikongsi di laman webnya.
Menurut Yonex, Pearly berjaya memukul dengan kelajuan mencapai 438 kilometer sejam (km/j) iaitu 65.5 km/j lebih laju daripada kereta F1.
Rekod tersebut dicipta oleh pemain yang berusia berusia 23 tahun itu pada 14 April lalu, bertempat di Gimnasium Yonex Tokyo Factory.
“Impak smash dirakam menggunakan kamera berkelajuan tinggi. Kelajuan bulu tangkis selepas impak kemudian dikira berdasarkan rakaman fotografi.
“Jarak pergerakan dan masa yang diambil oleh bulu tangkis dikira antara dua koordinat iaitu kelajuan sesaat dan juga perubahan halaju.
“Kelajuan sesaat dikira berdasarkan pengukuran jarak, masa, dan kelajuan manakala perubahan halaju pula dinilai berpandukan graf,” katanya.
Pukulan ‘smash’ berkenaan dihasilkan Pearly dengan menggunakan raket badminton baharu keluaran Yonex, model Nanoflare 1000 Z.
Dalam pada itu, pemain badminton perseorangan India, Satwiksairaj Rankireddy juga berjaya memecahkan rekod smash terpantas bagi kategori lelaki.
Menggunakan raket yang sama, Rankireddy telah berjaya mencatat pukulan dengan kelajuan yang luar biasa iaitu 565 km/j.
Difahamkan, kedua itu tersebut dicatatkan dalam satu sesi ujian yang dilakukan oleh Yonex di Gimnasium Yonex Tokyo Factory, Saitama, Jepun.
Baca juga: Demi duit TikToker buat kerja gila, rela cuci muka guna air jamban untuk dapat ‘gift’