Semalam, Pakdin pulangkan balik kereta yang dia curi. Tapi kereta itu sudah teruklah rosak sebab bawa gelong.
Tapi pelik, masa Pak Din serah balik kunci kereta, makcik sebelah rumah sedih. Kata kasihan kepada Pak Din sebab selepas ini sudah tidak boleh bawa kereta.
Beginilah makcik. Kereta itu bukan milik Pak Din. Pak Din itu mencuri kereta kawan dia sendiri.
Masa beli kereta itu dulu, masing-masing kumpul duit. Ada duit Lim, ada duit Azizah ada duit Pak Mat. Masing-masing kongsi beli kereta itu sebab nak berniaga.
Nak jadi cerita, satu hari masa Tok Det tertinggal kunci kereta, Pak Din ini pantang lepa. Dia bawa lari kereta itu dengan kawan-kawan dia hat lain, dengan Tok Adi, Pak Mail, Pak Zahid. Habis dia lenjan kereta itu sampai rosak.
Bila kereta sudah rosak, Pak Zahid tipu Pak Din pula. Buat laporan polis kata Pak Din curi kereta itu sebenarnya.
Dah lama dah kawan-kawan Pak Din suruh pulangkan balik kereta itu elok-elok, bukan milik dia pun. Dia dulu pun bagi duit 20 peratus saja.
Yang lain duit-duit kawan dia tapi dia bawa lari kereta itu buat macam kereta dia sendiri. Dari kereta itu elok, habis rosak. Jadi, kawan-kawan pun suruh pulangkan balik elok-elok.
Masa Pak Din pulangkan kereta itu balik petang semalam, Pak Din buat ayat sedih suara sekat-sekat, tiba-tiba ada makcik sebelah rumah sedih, kata dia selalu tumpang kereta Pak Din, Pak Din kalau bawa kereta selalu baca doa dulu. Sedih katanya, Pak Din sudah tiada kereta.
Saya cakap kepada makcik sebelah. Nak sedih apa. Itu kereta curi. Dia curi kereta kawan dia.
Padanlah dia kena pulang balik. Tapi nak buat macam mana. Ramai orang tahu, makcik sebelah itu bukan cerdik mana.
Bodoh macam ‘makcik-makcik bawang’ di Facebook hat sedih Mahiaddin letak jawatan yang dia dapat dengan cara khianat.