Pulau Pangkor bebas cukai, geran RM100 juta promosi, pemasaran pelancongan

Geran sepadan RM100 juta akan disediakan kepada syarikat swasta bagi program promosi dan pemasaran pelancongan antarabangsa untuk meningkatkan angkaketibaan pelancong.

Kerajaan akan memberi kemudahan bebas cukai kepada kedaibebas cukai di Pelabuhan Swettenham di Pulau Pinang bagi menggalakkan lagi sektor pelancongan kapal persiaran. Untukmempertingkatkan potensi pelancongan Pulau Pangkor,

Kerajaan komited untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai untuk merealisasikan potensi sebenar pulau tersebut sebagai antara destinasi pelancongan utama di Malaysia. Taraf Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai akan juga diperkembangkan lagi.

COMMENTS

Wordpress (1)