Pulau Pinang Bangkit: Kerajaan negeri umum bantuan RM500 kepada mangsa banjir

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan pemberian wang ehsan sebanyak RM500 secara sekali gus (one-off) kepada mangsa banjir di negeri itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata bantuan yang bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 100,000 isi rumah termasuk para peniaga itu dianggarkan menelan belanja RM50 juta.

“Jumlah wang ini tidak termasuk wang derma oleh orang awam. Kerajaan negeri Pulau Pinang mengalu-alukan sebarang sumbangan wang.

“Semua sumbangan wang itu akan disalurkan sepenuhnya kepada mangsa banjir dalam bentuk projek-projek atau wang tunai,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, semalam.

Bantuan tersebut adalah sebahagian daripada langkah kerajaan bagi membantu mangsa banjir di bawah program ‘Pulau Pinang Bangkit’ yang dilancarkan Guan Eng semalam.

Selain itu, kerajaan negeri turut mengumumkan empat kemudahan lain bagi rakyatnya yang dilanda banjir antaranya penggantian dokumen kerajaan negeri seperti geran tanah yang rosak atau hilang secara percuma.

Mangsa banjir juga diberi 50% diskaun bil air dan pengecualian surcaj konservasi air bagi pengguna domestik manakala pengguna komersil diberikan 25% diskaun.

Diskaun 10% turut diberikan bagi cukai pintu semua hartanah.

Bagi kerja-kerja pembersihan pasca banjir, Hari Sukarelawan Penang Bangkit diadakan pada 11 dan 12 Nov bagi jentera kerajaan negeri dan paara sukarelawan turun padang membantu mangsa banjir.

3.0
OVERALL SCORE
: 3.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS