Pulau Pinang benarkan anak Dr. Zakir Naik sampaikan syarahan

Pulau Pinang benarkan anak Dr. Zakir Naik sampaikan syarahan

Perbincangan khas Exco kerajaan pagi tadi di pengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri 1, Dato Haji Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Ketua Menteri 2, P. Ramasamy, beberapa Exco dan Setiausaha Kerajaan Negeri bersetuju membenarkan syarahan umum Anak Dr Zakir Naik iaitu Fariq Naik di dewan kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang dalam sessi ceramah yang betajuk ” Misconceptions About Islam” pada Jam 8.00 malam Jumaat ini.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi kebenaran dan memutuskan ewan Masyarakat Penyayang akan digunakan bagi program anjuran IPSI iaitu syarahan umum Sdr Farid Naik seperti yg sudah dirancangkan,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 petang ini.

Kebenaran itu kata kentaan itu dengan dua syarat seperti yang telah di bincangkan antara pihak penganjur dan pihak PDRM.

“Sayarat PDRM ialah semua butiran perlu dimaklumkan dan syarahan berkenaan tidak terbabit merendahkan agama lain,” katanya.

Kerajaan negeri katanya, menjemput rakyat Pulau Pinang pelbagai kaum hadir mendengar dan bersama meraikan wacana ilmu demi kesejahteraan dan perpaduan kaum di Negeri Pulau Pinang.

Polemik hangat tersebar di media massa dan maya serta bualan rakyat Malaysia tentang isu kehadiran Dr Zakir Naik ke beberapa lokasi di dalam negara Malaysia apabila satu program beliau yang dijadualkan di Melaka dibatalkan pihak polis.

TAGS