Malaysia Dateline

Dr Norlela Ariffin

Pulau Pinang buka 10 PPV ‘walk in’ hingga 31 Oktober

Pulau Pinang mengambil inisiatif segera dengan membenarkan 10 buah Pusat Pemberian Vaksin(PPV) seluruh negeri ini beroperasi secara ‘walk in’ mulai sekarang sehinggalah 31 Oktober 2021.

Menurut Exco kerajaan negeri, Dr Norlela Ariffin, dengan kebenaran tersebut remaja berusia 12 tahun juga sudah boleh ‘walk in’ pada 6 Oktober serta juga mereka yang telah terlepas temujanji bagi dos yang kedua.

Ujarnya lagi, selain itu seramai 5,000 pelajar sekolah agama yang berdaftar dan tidak berdaftar masih belum menerima vaksin boleh mendapatkannya di PPV yang telah sedia beroperasi.

“Sesiapa yang belum lagi mendaftar vaksinasi serta belum mendapat temujanji boleh berbuat demikian di PPV Tapak Pesta, Sungai Nibong, SPICE di Bayan Baru serta Dewan Balik Pulau bagi sebelah Pulau.

” Bagi Seberang Perai Selatan pula boleh mendapatkan kemudahan tersebut di PPV Dewan Sungei Bakap dan Dewan Jawi, Nibong Tebal.

” Untuk Seberang Perai Utara pula PPV ‘walk in’ tersebut adalah di Dewan Millenium, Kepala Batas serta Dewan Konvensyen Perda di Tasek Gelugor.

” Sementara itu bagi Seberang Perai Tengah pula ia diadakan di Hotel Vangohh, Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, SP Arena di Seberang Jaya serta juga di Tapak Ekspo, Seberang Jaya,” ujar beliau yang juga merupakan Adun Penanti.

Tegasnya lagi, bagi vaksinasi dos ketiga akan sampai tidak lama lagi dan akan diberikan kepada 480,000 warga emas, barisan hadapan serta pesakit komorbid.