Malaysia Dateline

Pulau Pinang contohi Kerajaan Persekutuan tiada sambutan Ambang Tahun Baru pada 31 Disember

Kerajaan negeri Pulau Pinang menurut jejak langkah Kerajaan Persekutuan dengan tidak menganjurkan sambutan ambang tahun baru sepertimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, sebetulnya tiada sambutan tahun baru secara rasmi yang telah dianjurkan oleh kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri sememangnya sudah lama tidak menganjurkan sambutan ambang tahun baru. Walau bagaimana pun pihak swasta tidak dihalang untuk meganjurkannya.

“Jika ada penganjuran sambutan sekalipun oleh pihak swasta, ia hanyalah berskala kecil sepertimana yang diadakan di pasaraya dan. seumpamanya,” tegas beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu Kawan.

Sebelum ini, Anwar telah mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah membatalkan sambutan ambang tahun baru pada 31 Disember bagi menghormati situasi musibah banjir yang sedang melanda negara khususnya Pantai Timur tatkala ini.

Baca juga: MB Terengganu dikatakan hilang akhirnya ‘muncul’ di Kemaman