Malaysia Dateline

Pulau Pinang kibar bendera separuh tiang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang merafak sembah takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Negeri Pahang diatas kemangkatan KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah.

Sehubungan itu Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat ketetapan supaya Bendera Negeri Pulau Pinang dan Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang mulai 22 hingga 23 Mei bagi menghormati kemangkatan baginda.

Justeru itu, semua jabatan maupun agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta premis-premis di seluruh negeri dimohon mematuhi arahan yang dikeluarkan serta-merta.

Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat pada usia 88 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 8.50 pagi Rabu.