Malaysia Dateline

Pulau Pinang lancar ‘Khaira Ummah 2030’, Pelan pembangunan 10 tahun umat Islam

Kerajaan negeri Pulau Pinang melancarkan pelan pembangunan 10 tahun umat Islam Pulau Pinang yang dinamakan ‘Khaira Ummah 2030’.

Pelan ini merupakan misi pembangunan yang akan merangkumi lima teras utama iaitu keilmuan, ekonomi. ummah, kekeluargaan, generasi muda dan kerohanian.

Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman sempena sambutan Maal Hijrah hari ini.

jelasnya kelima-lima teras tersebut sekiranya disatukan akan membina perkataan HEBAT yang menggambarkan iltizam kerajaan negeri dibawah Exco Agama untuk kembali mengangkat kemuliaan dan kehebatan ajaran serta didikan Rasulullah s. a. w.

“Blueprint yang dirangka ini merangkumi pelan pembangunan lengkap untuk tempoh sepuluh tahun.

“Ianya boleh disemak, dikaji dan diperbaiki dari masa ke semasa bagi memastikan momentumnya kekal malar untuk jangkamasa satu dekad.

“Detik Muharram 1442 Hijrah harus menjadi tekad untuk terus gigih membangunkan umat tercinta apabila lima teras tersebut bakal digerakkan oleh sekitar 100 orang pemegang taruh atau ‘stakeholders’ daripada pelbagai latar kepakaran,” tambah beliau yang juga merupakan Exco Agama serta Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.