Malaysia Dateline

Pulau Pinang lulus bantuan lebih RM115,000 untuk Jabatan Penjara

Ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kerajaan negeri Pulau Pinang telah meluluskan bantuan bekalan makanan dan minuman dengan segera kepada kakitangan Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang serta pasukan keselamatan yang bertugas.

Menurut Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow, turut diluluskan ialah peralatan perubatan kritikal oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang yang berjumlah RM104, 390.

“Peruntukan yang disalurkan kepada kakitangan dan keluarga Jabatan Penjara Pulau Pinang merangkumi bantuan yang berupakan makanan dan minuman serta bakul makanan.

” Ianya turut melibatkan anggota dan kakitangan Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia serta Polis DiRaja Malaysia dan juga kepada petugas perubatan.

” Tindakan segera yang diambil oleh kerajaan negeri ini bagi memastikan penularan wabak pandemik Covid-19 dapat diputuskan rantaiannya dengan kadar yang segera,” tegas beliau.