Malaysia Dateline

Pulau Pinang peruntukan RM2.66 juta untuk program mamogram percuma

Sebagai sebuah kerajaan yang senantiasa peduli dan prihatin terhadap kesihatan rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukan sebanyak RM 2.66 juta bagi program saringan mamogram percuma kepda golongan wanita di negeri ini.

Demikian dinyatakan oleh Exco Kerajaan Negeri, Dr Afif Bahardin,

Jelasnya lagi, program ini merupakan salah satu program Penang Sihat yang membuktikan betapa kerajaan negeri begitu peduli terhadap kesihatan rakyat negeri ini.

“Bersama-sama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) satu memorandum persefahaman telah pun ditandatangani.

“Ia berperanan bagi memberi pelbagai faedah dan manfaat kepada golongan wanita khususnya mereka yang berusia 35 tahun keatas untuk menerima saringan program mamogram percuma.

“Program ini telah pun bermula sejak tahun 2015 lagi, ” ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Adun Seberang Jaya turut berkata, sehingga 2018 seramai 11,834 wanita yang berusia 34 tahun keatas telah menerima khidmat saringan memogram percuma yang telah disediakan.

Malah tegasnya, kerajaan negeri juga sedang pelbagai program Penang Sihat bagi merealisasikan visi Penang 2030.

“Kerajaan negeri akan tetap meneruskan pelbagai program peduli sihat bagi meningkatkan lagi kesedaran golongan wanita terhadap kanser payudara.

“Pelbagai program yang diperkenalkan membuktikan kerajaan negeri begitu komited terhadap golongan wanita dan juga kesihatan mereka.

“Ia juga memberi pelbagai kemudahan bagi golongan wanita untuk mendapatkan apa jua faedah yang disediakan oleh kerajaan negeri demi memastikan kesihatan mereka senantiasa terpelihara dan berada dalam keadaan baik, ” katanya lagi.