Malaysia Dateline

Pulau Pinang pilih anak Dr Siddiq Fadzil sebagai Senator

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memilih Fadhlina Siddiq Fadhil iaitu anak kepada mantan Presiden Abim, Allahyarham Datuk Dr Siddiq Fadzil sebagai Senator bagi tempoh tiga tahun bagi menggantikan Mohd Yusmadi Yusoff yang mewakili PKR setelah tempoh khidmat beliau berakhir pada 28 Ogos 2021.

Fadhlina yang juga merupakan Ketua Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita PKR juga adalah seorang pengamal undang-undang.

Beliau telah dicadangkan oleh Adun Pinang Tunggal, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan disokong oleh Adun Padang Lalang, Chong Eng.

Sementara itu seorang lagi yang turut dilantik sebagai Senator bagi tempoh tiga tahun ialah Setiausaha Dap Pulau Pinang, iaitu Lim Hui Ying yang juga merupakan Setiausaha Pakatan Harapan Pulau Pinang sejak 7 tahun yang lalu.

Nama beliau telah dicadangkan oleh Adun Perai, Dr P. Ramasamy dan disokong pula oleh Adun Batu Maung, Abdul Halim Hussain