Malaysia Dateline

Pulau Pinang sedia stesen pengecas motosikal elektrik percuma

Kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil inisiatif selaras dengan visi Penang 2030 menyediakan Stesen Pengecas Motosikal Elektrik Percuma bagi semua pengguna motosikal elektrik di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari berkata, kerajaan negeri melalui Penang Green Council dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menyediakan sebanyak tiga buah Stesen Pengecas Motosikal Elektrik bagi mengecas motosikal elektrik secara percuma.

“Tiga lokasi yang menempatkan stesen pengecas motosikal elektrik percuma tersebut ialah di Kompleks Makanan Medan Renong, Astaka Persiaran Gurney dan Astaka Batu Lanchang.

” Selain itu kawasan parkir motosikal awam di 1st Avenue Mall, Kompleks MBPP Lebuh Pantai, Kompleks Desiran Tanjung, Kompleks Sri Selera Bayan Baru, Kompleks Bukit Jambul dan Kompleks Bukit Gedung juga akan dipasang dengan stesen pengecas motosikal elektrik dalam masa terdekat.

“Yang penting ialah inisiatif ini menekankan pelaburan dalam persekitaran binaan bagi meningkatkan daya tahan disamping.membuka ruang untuk Malaysia mempromosikan ‘zero-emission mobility,” ujar beliau yang juga merupakan Adun Tanjong Bunga.