Malaysia Dateline

Pulau Pinang segera gerakkan bantuan banjir ke Selangor

Sukarelawan, pertubuhan bukan kerajaan serta aset dari pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) , Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) termasuk Angkatan Pertahanan Awam Negeri P. Pinang serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang digerakkan dengan segera dalam misi bantuan banjir Pulau Pinang ke Selangor.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang telah menghubungi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagi menyalurkan bantuan yang diperlukan dengan sebaik mungkin.

“Seramai 71 anggota bagi MPPP dan MBSP turut digerakkan dalam misi bantuan tersebut. Ini termasuklah lori Combi, lori HST, lori RoRo, tail lift, Chainsaw, van, kenderaan pacuan empat roda.

” Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia yang juga Datuk Bandar MPPP turut mengadakan perjumpaan tergempar bersama jawatankuasa eksekutif pertubuhan tersebut bagi menyertai misi bantuan banjir ke Selangor.

” Manakala beberapa Persatuan Bomba dan Sukarela serta juga kelengkapan berkaitan wabak Covid-19 bagi mengurangkan penularan tersebut dikalangan anggota misi bantuan turut disediakan oleh pejabat Exco Alam Sekitar dan Kebajikan,” ujar beliau semasa majlis pekepasan misi bantuanbanjir ke negeri Selangor.