Malaysia Dateline

Pulau Pinang urus jenazah secara percuma

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma untuk mereka yang kurang berkemampuan serta mengalami penyakit berbahaya seperti C0vid-19.

Perkhidmatan pengurusan jenazah ini dikendalikan oleh Pejabat Agama dan Zakat negeri Pulau Pinang.

Mereka yang layak untuk memohon perkhidmatan ini terdiri daripada katagori fakir miskin atau mempunyai masalah kewangan, tiada waris serta mualaf.

Pengurusan jenazah ini juga diberikan secara percuma untuk semua jenazah beragama Islam walaupun bukan asnaf termasuk warga asing yang mengalami penyakit berbahaya seperti Covid-19, hepatitis B, dan Hiv Aids.

Bermula mandikan jenazah atau tayamum, kafan, penyediaan keranda, van jenazah sehinggalah di bawa ke kubur semuanya adalah perkhidmatan yang akan diuruskan secara percuma oleh wakil Pejabat Agama dan Zakat Negeri.

Orang ramai boleh menghubungi wakil zakat negeri Mohd Ridowan Yaakub di talian 019-4151224 dan 016- 4139201, pada bila-bila masa sahaja (24 jam).

Maklumat ini telah dikongsi pengguna akaun twitter @Josgand60519019.

Usaha kerajaan negeri itu katanya dilihat lebih Islamik berbanding negeri-negeri lain walaupun diperintah oleh DAP.

“Negeri yang diperintahkan oleh DAP lebih Islamik dari negeri yang diperintahkan oleh oleh Melayu islee. Kalau Islam lain. Nin apa kejadah nyor pengurusan jenazahnya pun dekat RM2000,” ciapnya.