Malaysia Dateline

Pulut kuning rai jururawat

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud meraikan jururawat dengan membawa pulut kuning.

Makanan tradisi yang enak itu dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang berkenaan ketika mengunjungi Klinik Kesihatan Puchong Batu 14 dan Klinik Kesihatan Desa Batu 13 semalam.

Program dengan kerjasama Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) itu sempena sambutan Hari Jururawat Antarabangsa yang diadakan pada setiap 12 Mei.

“Terpancar keceriaan di wajah mereka (jururawat) menerima kedatangan YB (Dr Siti Mariah), namun jangan dilupakan mereka yang telah gugur syahid terutamanya tatkala dunia di uji pandemik Covid-19,” dipetik dari Facebook rasmi Pusat Khidmat Masyarakat Seri Serdang – Dr Siti Mariah Mahmud.

Baca Masa memandu tiba-tiba lampu enjin menyala, jangan panik dan ikuti langkah ini