Punca pencemaran Pasir Gudang akan diketahui tidak lama lagi, kata MB Johor

Punca pencemaran Pasir Gudang akan diketahui tidak lama lagi, kata MB Johor

Punca pencemaran di kawasan Pasir Gudang sehingga menyebabkan ramai mangsa termasuk pelajar sekolah sesak nafas dan muntah sejak Khamis lepas, hanya akan diketahui dalam sehari dua lagi, kata Menteri Besar, Dr Sahruddin Jamal.

Sahrudin Jamal

Sahruddin berkata agensi berkaitan kini dalam peringkat akhir untuk mengenalpasti bahan kimia yang terlibat.

“Punca pencemaran itu akan diumumkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) atau Jabatan Kimia. Tunggu dalam sehari dua lagi.

“Sebaik dapat tahu kimia itu apa, kita akan terus umumkan,” kata beliau kepada pemberita di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang hari ini.

Sementara itu, 30 kilang kimia di Pasir Gudang telah disenarai pendek untuk disiasat bagi mengenalpasti sama ada bahan kimia yang diproses di kilang-kilang itu menjadi punca kepada pencemaran terbaru di Pasir Gudang ini.-Bernama