Malaysia Dateline

Punitif: Apakah SPRM benar-benar menjaga kredibiliti dan integritinya

Punitif? Jom kita lihat.

Pertama, Yb Pontian didakwa atas 2 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan hasil daripada aktiviti haram 2001.

Dia didakwa di bawah seksyen 4(1) dan seksyen 32 (8)(c) akta tersebut.

Mudahnya, kesalahan di bawah seksyen 4 (1) akta tersebut adalah tuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram atau cuba terlibat atau bersubahat. Jika disabitkan bersalah, dia boleh dihukum denda (fine) tak lebih RM5 juta atau penjara tak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan di bwh seksyen 32 (8)(c) akta yang sama pula adalah kesalahan memberi maklumat atau kenyataan yang palsu atau mengelirukan pada pegawai penyiasat (SPRM dalam kes ini).

Jika disabitkan bersalah boleh didenda tak lebih RM1 juta atau penjara tak lebih setahun atau dua-dua.

Setakat yang kita baca dalam laporan media Yb Pontian ‘maintained his innocence!’. Dia juga habaq dia jadi mangsa kerana ketiadaan Akta Pembiayaan Dana Politik.

Sekarang ini tiba-tiba dia setuju pula bayar kompaun dan SPRM habaq kompaun RM1.1 juta itu adalah tindakan punitif. Kesannya dia dibebaskan dan dilepaskan. He is a free man now!

Saya rasa tak perlu lah nak bahas di sini asal usul kata punitif dari bahasa latin “punure” tu.

Ya, bila Orang Kena Tuduh (OKT) setuju bayar kompaun, dari satu segi ia baik untuk pendakwa/negara sebab di samping jimat masa, gomen dapat wang walau tak sepenuhnya.

Cuma ada sedikit kemusykilan. ‘Are we really serious in combating financial crimes?’. Apakah motif utama gomen gubal akta itu dahulu?

Adakah kes-kes yang ‘1MDB-related’ ini hanya kes kecil dan tidak serius? Adakah kita sedaq ‘the nation’s integrity is being tried now?’.

Fakta tak disangkal – Kes Yb Pontian ada kaitan dengan 1MDB Saga dan Yb Pekan yang telah meletakkan nama negara dalam keadaan paling buruk di seluruh dunia!

Tak lekeh ke bila kita OKT habaq bayaq kompaun je ia sudah dikira punitif? Bukankah kita bercakap tentang isu penyelewengan wang rakyat di sini.

9/5/2018 adalah suara rakyat meminta mana-mana pihak yang terlibat dalam jenayah 1MDB ‘must face the music!’.

Jika tak dipenjara pun, paling kurang didenda yang boleh menghilangkan kelayakan depa untuk bertanding. Tidakah itu dikira ‘the genuine punitive in the real sense of the word’.

Bila Yb Pontian didakwa bagi info palsu pada SPRM, ia membawa mesej ini- ia sebuah kesalahan yang sangat serius dan ia melibatkan isu integriti SPRM.

As far as the issue of integrity of a body such as SPRM is concerned, in my view, it should be placed under non-negotiable items!. Period.

Takkan SPRM tak rasa isu melindungi integriti mereka apatah lagi di waktu ini adalah hanya isu kecil dan boleh selesai begitu sahaja dengan bayar kompaun RM1.1juta?

Paling kurang SPRM kekalkan pertuduhan bagi kesalahan tersebut sekiranya SPRM benar-benar serius dalam menjaga kredibiliti dan integritinya.

May common sense prevail!