Punyalah minat Shila Amzah, Ubai sanggup simpan duit sekolah nak beli album

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau dah jodoh tak ke mana, begitulah ungkapan sesuai buat pasangan pempengaruh media sosial, Ubai dan penyanyi terkenal Shila Amzah yang sudah sah bergelar suami isteri.

Perbezaan umur lapan tahun tidak menjadi penghalang untuk mereka berkahwin malah mengeratkan lagi hubungan.

Umum sedia tahu Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias dan dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais sebelum bercerai pada tahun lepas.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah mengenali suaminya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli sejak tahun 2011 dan mula akrab pada tahun 2014.

Pasangan ini kembali akrab selepas Shila sah bercerai dan saling berhubung untuk memberi semangat.

Menerusi temubual Gempak, Ubai mengimbau kembali kenangan lucu mengumpul duit untuk membeli album artis kegemarannya.

@astrogempak

Wah dari sekolah lagi Ubai dah minat Shila Amzah! Baca cerita penuh di gempak atau klik link di related news

♬ original sound – Gempak – Gempak

Sewaktu di bangku sekolah, Ubai mengaku kumpul lebihan duit belanja sebanyak 50 sen setiap hari untuk membeli album isterinya.

Tambah Ubai, ibunya memberikan RM3 duit belanja untuk ke sekolah dan sebahagian besar duit tersebut digunakan untuk bas, makanan dan minuman.

Arwah ibunya, Rohani Jamal juga pernah memarahi Ubai kerana memasang album tersebut setiap hari tanpa henti.

Rata-rata warganet mula berseloroh mahu kumpul duit untuk beli artis kegemaran mereka, mana tahu boleh kahwin juga.

“Mulai esok aku nak mula simpan 20 sen untuk beli album Aina Abdul.

“Langkah pertama kena kumpul duit dulu, mana tahu nanti jodoh dengan Cha Eun Woo (artis dan pelakon Korea).

“Mulai esok aku mula simpan sehari 5 sen untuk beli album Aliff Syukri,” antara komen warganet.

Aturan tuhan ini sangat cantik, kalau memang sudah jodoh bertemu ramai orang sekalipun tetap akan bersama.

Baca juga: Abang kandung ketagih pornografi, adik usia 9 tahun jadi mangsa lempias nafsu sampai mengandung