Pura-pura tidur masa ayah balik, warganet terkenang momen masa kecil

Oleh KIM SYAZIE

Pastinya ada memori zaman kanak-kanak didukung ayah kerana tertidur di ruang tamu, keletah dua beradik ini menghibur hati.

Satu video yang dimuat naik akaun TikTok @fenderz01, menunjukkan dua beradik yang sedang bermain di ruang tamu sebelum kedua-duanya berlari dan pura-pura tidur.

Dapat dilihat juga si ayah membuka pintu rumah dan melihat anaknya tertidur sebelum mengangkat mereka untuk diletak di atas katil dalam bilik.

https://www.tiktok.com/@fenderz01/video/7201527843149466907?refer=embed

Rata-rata netizen merasa sayu dan terimbau kembali zaman masa kanak-kanak dahulu.

“Eee rindunya sengaja pura-pura tidur sebab nak abah angkat sebab rasa dekat sangat kasih sayang dia,” komen pengguna TikTok.

“Sumpah bila lihat video ni aku rasa rindu gila masa kecil aku. Aku rindu gila dengan arwah ayah aku,” ujar @Kaptspray.

Walaupun nampak kecil, namun inilah yang akan menjadi memori indah anak-anak satu hari nanti.

Baca juga: Nampak ‘wanita’ bertelekung masa live tengah malam, lelaki terus tak jadi buat promosi