Malaysia Dateline

Pusat bayar 5 peratus hasil petrolium kepada Kelantan

Walau apa pun namanya, yang pasti kerajaan pusat membayar 5% dari hasil petroleum kepada kerajaan negeri Kelantan sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian antara kerajaan negeri dengan Petronas.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam kenyataan menjelaskan, wang itu telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM15.75 juta pada 18 September 2019 lepas.

“Kerajaan Persekutuan telah membuat bayaran dalam bentuk Wang Ehsan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

“Namun perkiraannya berasaskan 5% daripada hasil petroleum bagi menentukan bayaran tersebut kepada Kerajaan Negeri Kelantan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Berbanding Wang Ehsan sebelum ini yang dibayar kepada Jabatan Perbangunan Persekutuan (JPP), sebuah agensi kerajaan pusat, bayaran kali ini dibuat terus kepada akaun kerajaan negeri.

Kementerian Kewangan merujuk kepada isu Wang Ehsan dan wang pendahuluan kepada kerajaan Negeri Kelantan yang didakwa tidak diterima oleh kerajaan negeri dalam kenyataan menteri besarnya pada Isnin.

Kata Guan Eng lagi, kerajaan juga telah meluluskan pendahuluan sebanyak RM100juta kepada kerajaan neger pada 14 Oktober 2019 untuk membantu negeri itu membiayai perbelanjaan termasuk membayar gaji anggota pentadbirannya sehingg hujung 2019.

“Wang pendahuluan RM100 juta bukan kali pertama dipohon kerajaan negeri. Pada 2018 permohonan wang pendahuluan RM91.5juta untuk membayar perbelanjaan operasiya temrausk gaji anggota kerajaan negeri juga telah dluluskan,” kata Guan Eng.

Tambah beliau lagi dengan adanya Wang Ehsan dan Pendahuluan ini akan dapat membantu kerajaan negeri Kelantan mengukuhkan kedudukan kewangan negeri dan seterusnya meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat negeri Kelantan.

Pada sidang media di lobi Parlimen Isnin, Lim menyatakan bahawa bayaran royalti yang ditandatanganinya sendiri atas arahan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kepada kerajaan Kelantan telah dibuat bulan lepas.

Namun, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan  semalam Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menyangkal kenyataan Lim dan menyatakan bahawa bayaran RM15.7 juta yang diterima kerajaan negeri merupakan wang ihsan dan bukannya royalti.