Pusat pelancongan kini di tangan dua nama besar Malaysia

Dua pemimpin utama Malaysia kini dikaitkan dengan dua pusat pelancongan utama, Langkawi dan Port Dickson.

Pulau Langkawi, merupakan kawasan parlimen Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, yang penuh dengan tempat tempat peranginan.

Sekiranya Anwar Ibrahim menang dalam pilihan raya kecil di Port Dickson, maka satu lakaran baru di dalam sejarah Malaysia.

Tun Dr Mahathir dan penyandang Perdana Menteri yang akan datang, iaitu Anwar Ibrahim, akan mempunyai matlamat yang serasi dari segi meraih sekali lagi “Malaysia is Truly Asia”—–iaitu Malaysia adalah Asia yang sebenar.

Anwar Ibrahim pernah bertanding, dan menang di Permatang Pauh, yang tidak begitu jauh dari Pulau Pinang, sebuah lagi tempat peranginan yang termasyur.

Malah Kubang Pasu, sebuah kawasan di pendalaman Kedah, yang pernah disandang oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, juga tidak begitu jauh dari Alor Setar mahu pun Pulau Penang.

Sekiranya ditakdirkan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim akan menjadi pasangan atau gandingan yang kuat di masa akan datang, maka industri pelancungan di seluruh Malaysia akan mendapat perhatian yang sewajarnya pada peringkat yang tertinggi.

Setakat ini, tumpuan masalah ekonomi masih berkisar kepada industri ke 4.0, yang boleh dijanakan oleh industri-industri yang canggih dan berbentuk robotik dan “artificial intelligence”.

Namun, pakar ekonomi klasik John Maynard Keynes pernah membisik bahawa “in the long term we are all dead,” yang bermaksud segala projek ekonomi harus mempunyai impak yang paling ketara dalam masa yang singkat kalau tidak semua manusia sejagat akan hancur kebuluran.

Sekiranya semua pelan ekonomi berbentuk jangka pendek atau panjang, perkerjaan dan pendapatan tidak akan diciptakan, atau, dijanakan, dengan segera. Projek yang mempunyai jangka masa yang lama akan menyebabkan masalah masalah ekonomi yang lebih melarat.

Tun Dr Mahathir, setelah kemenangannya di Pulau Langkawai pada Mei 9hb 2018, telah menegaskan betapa pentingnya industri pelancungan. Ini adalah kerana perniagaan atau industri pelancongan merupakan “cash business.” Semuanya bertukar tangan dalam sekelip mata sahaja.

Pelawat tempatan atau asing akan datang ke Malaysia, dan menjadi pembelaja untuk segala barang keperluaan mereka.

Namun, pelancongan, sebenarnya, merupakan sejenis “sains” atau “disiplin” yang mempunyai aturcara dan citarasa-nya yang beranika bentuk.

Pelawat dari China, misalnya, lebih tertarik dengan bangunan megah dan “shopping” yang sedang dan berdasarkan e-payment.

Pelawat dari Korea Selatan pula lebih tertarik dengan peluang peluang pelajaran yang mereka boleh alami, supaya anak mereka boleh belajar di Malaysia atau lain tempat satu hari nanti.

Pelawat dari Timur Tengah pula lebih condong kepada hotel hotel mewah yang mempunyai sistem penyaman udara yang bagus, supaya tidak sepanas apa yang berlaku di tempat asal mereka.

Yang penting, Malaysia merupakan sebuah negara yang beranika ragam, serta majmuk pula. Industri pelancongan Malaysia harus diperkasaka oleh Kementerian Pelancongan. Tetapi naik, turunnya, industri pelancongan, mungkin terletak pada bahu kedua dua gergasi politik ini.

Langkawi di tangan Tun Dr Mahathir dan Port Dickson di tangan Datuk Seri Anwar.

 

 

6.0
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 4.5
CATEGORIES
TAGS