Pusat penamaan calon PRK K.Kangsar di Dewan Jubli Perak Ahad ini

Pusat penamaan calon PRK K.Kangsar di Dewan Jubli Perak Ahad ini

 

Pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar pada Ahad ini.

Pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar pada Ahad ini.

Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kuala Kangsar Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria berkata pusat penamaan calon itu akan dibuka selama sejam bermula 9 pagi.

“Saya akan membuat pengisytiharan (calon) antara jam 10.15 hingga 10.30 pagi selepas semakan nama calon selesai dilakukan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tempoh kempen untuk semua parti yang bertanding akan bermula selepas selesai proses penamaan calon itu sehingga 12 tengah malam 17 Jun.

Pengundian PRK itu diadakan pada 18 Jun dan dewan berkenaan juga akan digunakan sebagai pusat penjumlahan undi, katanya.

Mior Muhammad Jamil turut meminta semua penyokong parti yang bertanding supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya sepanjang proses penamaan calon itu berlangsung.

“Penyokong perlu berhemah, elakkan provokasi supaya proses penamaan calon berjalan dalam keadaan aman damai,” katanya.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Sehingga kini PRK Kuala Kangsar akan menyaksikan berlakunya pertandingan tiga penjuru membabitkan calon  dari BN, Pakatan Harapan dan Pas.

 

TAGS