Putera Mahkota Saudi masih berhubung dengan al-Qahtani

Putera Mahkota Saudi masih berhubung dengan al-Qahtani

Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman (atau dikenali sebagai MBS) masih berhubung dengan penasihat Saud al-Qahtani, yang dituduh sebagai dalang pembunuhan Jamal Khashoggi, menurut Washington Post, lapor al Jazeera.

Menurut Washington Post, tanpa menamakan sumber individu dari Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi berkata Putera Mahkota MBS masih mendapatkan khidmat nasihat daripada al-Qahtani.

David Ignatius yang merupakan penulis isu keselamatan di akhbar tersebut, memetik sumber tanpa menamakan bahawa individu AS yang pernah berjumpa dengan MBS mengatakan bahawa al-Qahtani masih menyimpan banyak dokumen berkaitan.

Sumber individu dari Arab Saudi yang rapat dengan keluarga diraja Saudi itu turut bersetuju.

“Terdapat beberapa perkara yang [al-Qahtani] sedang melaksanakan, dan mungkin beliau perlu menyelesaikannya, atau serah tugas,” kata sumber tersebut kepada Washington Post.

Sebelum ini kenyataan rasmi pada 15 November 2018 menyatakan bahawa al-Qahtani sedang disiasat dan tidak dibenarkan untuk meninggalkan Arab Saudi, jelas Pendakwa Raya Arab Saudi.

Qahtani telah dipecat sebagai penasihat diraja selepas pembunuhan Khashoggi tersebut.

Walaubagaimanapun, status al-Qahtani masih tidak jelas samada beliau masih mempunyai pengaruh di sebalik tabir atau tidak.

Loading...

Qahtani dipercayai memainkan peranan penting dalam pembunuhan Khashoggi. Beliau bertemu dengan kumpulan Saudi sebelum kumpulan tersebut ke Turki dan dikatakan Qahtani memberi arahan untuk membunuh Khashoggi jika Khashoggi tidak mahu pulang ke Arab Saudi secara sukarela.

Ignatius turut memetik sumber dari individu dari Saudi lain yang menyatakan bahawa al-Qahtani telah ke negara Emiriah Arab Bersatu (United Arab Emirates – UAE) walaupun beliau sepatutnya ditahan dalam rumah (house arrest) di Riyadh.

Qahtani turut dikatakan telah bertemu dengan beberapa pegawai kanan dari Centre for Studies and Media Affairs Diraja dirumahnya di Riyadh dan mengatakan bahawa beliau dipersalahkan dan “digunakan sebagai kambing hitam”. Sebelum ini Qahtani menggerakkan pusat tersebut sebelum pembunuhan Khashoggi.