Puteri Sarah rupanya lahir dalam keluarga bukan calang-calang, lahir di London, ibu bapa pula kerja profesional

Oleh KIM SYAZIE

Tidak ramai mengetahui latarbelakang pelakon, Puteri Sarah Liyana terutama perihal keluarganya sendiri memandangkan dia banyak menghabiskan masa di rumah mentuanya Datin Patimah Ismail dan Datuk Yusof Haslam.

Puteri Sarah menjadi sorotan media dan topik perbincangan warga maya sepanjang tahun ini berikutan isu rumahtangga bersama pengarah muda, Syamsul Yusoff.

Baru-baru ini ibu kepada dua anak itu sudi berkongsi serba sedikit perihal keluarganya, yang mana rupa-rupanya ibu bapa Puteri Sarah adalah pekerja profesional.

Atas sebab itu katanya, ibunya sendiri tidak membenarkan dia berkecimpung dalam industri seni pada awal pembabitannya.

Bagaimanapun, Sarah bersyukur kerana ibunya tetap memberi keizinan dan tidak pernah lupa menitik beratkan pendidikan.

Dia percaya jika tiada restu si ibu, semua perkara tidak akan berlaku dengan sempurna.

Pelakon itu bukan sahaja mempunyai rupa paras yang cantik, malah juga bijak hidup berdikari.

Sarah dilahirkan pada tahun 1985 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Berkongsi mengenai latar belakangnya kepada Harian Metro, Puteri Sarah rupa-rupanya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bukan calang-calang. 

Ibu bapanya terbabit dalam bidang kerjaya profesional.

Adik perempuan keduanya, Puteri Sofea seorang doktor manakala adik lelakinya, Megat Imran pula bertugas sebagai konsultan pengurusan material.

Pemilik nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini menjelaskan hanya dia seorang saja dalam keluarga yang berkecimpung dalam bidang seni manakala keluarganya berada dalam aliran berbeza

Baca juga: “Masa mak ayah bercerai, dua-dua buang aku masa umur 10 tahun, sekarang bila dah berjaya mula cari sebab nak duit..”