Puteri Umno lapor polis dakwaan ahli berkhalwat ketika Pau berlansung

Puteri Umno lapor polis dakwaan ahli berkhalwat ketika Pau berlansung

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pergerakan Puteri Umno Malaysia membuat dua laporan polis di Balai Polis Dang Wangi hari ini berikutan dakwaan anggotanya berkhalwat ketika Perhimpunan Agung Umno 2017 yang sedang berlangsung ketika ini.

Ketua Penerangannya Haryaty Hamdzah (dua dari kiri) berkata laporan itu dibuat susulan dakwaan bekas seorang anggota pergerakan itu yang disiarkan sebuah portal berita pembangkang kononnya banyak berlaku kes khalwat setiap kali perhimpunan agung Umno berlangsung.

Beliau berkata kenyataan yang melampau itu menjejaskan imej parti dan kepercayaan rakyat. Ia juga menjejaskan imej anggota muda terutamanya dalam Puteri Umno, Pemuda dan sebagainya.

“Ini mewujudkan persepsi baharu bahawa persidangan buat benda tak betul, harap pihak berkuasa buat siasatan kenyataan ini,” katanya kepada media di hadapan IPD Dang Wangi.

Turut membuat laporan polis di balai yang sama ialah Ketua Puteri Umno Bahagian Klang Norhaslindawati Bujang (dua dari kanan).

Haryaty berkata Puteri Umno juga bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat fitnah itu jika ada keperluan.

Beliau berkata kenyataan bekas anggota Puteri Umno yang kini bersama Pas itu tidak berasas kerana ketika perhimpunan itu,
Puteri Umno memberi fokus kepada kepada agenda parti.

Kira-kira 10,000 anggota Puteri Umno hadir pada perhimpunan yang berlangsung dari Selasa hingga Sabtu ini.

Dakwaan itu dibuat oleh bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno Klang Wan Asshima Kamaruddin.

CATEGORIES
TAGS