Puteri Umno siap siaga pastikan Dun Rantau kekal milik Tok Mat

Puteri Umno siap siaga pastikan Dun Rantau kekal milik Tok Mat

Keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban yang membatalkan kemenangan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan pada PRU14 bagi kerusi Dun Rantau sudah dijangka.

Menurut Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan, sayap parti itu akan bersiap siaga bagi memastikan Dun Rantau kekal menjadi milik Mohammad dalam PRK nanti.

“Jadi jentera pergerakan Puteri Umno sudah cukup siap siaga untuk berhadapan dengan satu lagi PRK Dun Rantau.

“Seperti kebiasaan, kami akan berkampung di sana dan ‘all out’ menyusun strategi bantu parti bagi memenangkan calon kita Tok Mat Hassan,” katanya hari ini dipetik Sinar Online

Kemenangan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu terbatal selepas Hakim, Datuk Azimah Omar membuat keputusan berdasarkan hujahan daripada peguam pempetisyen, Dr S Streram dan responden Mohamad dalam perbicaraan yang berlangsung selama 12 hari melibatkan 19 saksi perbicaraan.

Sehubungan itu katanya, mahkamah memerintahkan satu pilihanraya kecil untuk kawasan Dun Rantau diadakan serta merta.

Streram telah memfailkan petisyen pada 23 Mei lalu bagi memohon supaya mahkamah membatalkan keputusan SPR yang memutuskan Mohamad menang tanpa bertanding pada PRU14, 9 Mei lalu.

Loading...