Malaysia Dateline

Putin harap krisis India-Pakistan dapat diselesaikan tidak lama lagi

Presiden Rusia, Vladimir Putin berharap krisis antara India dan Pakistan dapat diselesaikan tidak lama lagi, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan dikeluarkan Kremlin pada Khamis.

Harapan itu disuarakan Putin menerusi perbualan telefon dengan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Menurut Kremlin, Putin turut mengucapkan takziah kepada rakyat India, susulan serangan pengganas terhadap tentera negara itu pada 14 Februari lalu, yang mengorbankan lebih 300 anggota keselamatan separa tentera selain mencederakan 40 lagi yang lain.

Dalam konteks ini, Putin dan Modi mengutuk keganasan antarabangsa dan sebarang bentuk perbuatan menyokongnya sambil menegaskan perlunya memerangi ancaman pengganas.

Kedua-dua pemimpin juga menyatakan kesediaan untuk terus meningkatkan kerjasama dalam semua bidang termasuk hubungan ketenteraan-teknikal.

Putin turut mempelawa Modi menyertai Forum Ekonomi Timur yang akan diadakan di Vladivostok pada September 2019.

— BERNAMA