Malaysia Dateline

Putra dakwa wujud konspirasi, sedia tawar bantuan guaman kepada keluarga Adib

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mendakwa wujud kebarangkalian unsur Konspirasi dalaman untuk menyembunyikan keterangan-keterangan pakar perubatan dalam inkues anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Presidennya Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, saksi ke-29 Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, yang juga bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof. Dr. Shahrom Abd. Wahid, dalam keterangan awalnya membantah teori 2 ahli Pakar lain bahawa Adib mati akibat kecederaan terjatuh dari kenderaan van EMRS antara yang menjadi mangsa konspirasi.

“Pada pertengahan bulan April yang lalu juga, kita di kejutan dengan berita 2 saksi Doktor Pakar Forensik yang telah memberi keterangan dalam prosiding Inkues Adib telah membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya melaporkan bahawa mereka di ugut oleh pihak-pihak tertentu untuk mengubah keterangan dalam prosiding Inkues berkenaan.

“Namun sehingga kini, pihak polis dan Peguam Negara masih berdiam diri berkaitan laporan polis berkenaan yang jelas berunsur jenayah dalam keadaan kematian dan prosiding inkues Allahyarham Adib mendapat tumpuan Utama masyarakat dan berprofil tinggi,” ujarmnya dalam kenyataan.

Justeru katanya lagi, dengan penarikan diri Peguam Syazlin Mansor, yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta keluarga anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim,semalam,mencetuskan persoalan besar apa yang cuba di sembunyikan dengan kematian Adib ini, soalnya.

“Putra dengan ini menawarkan diri untuk bertemu dan berbincang dengan Keluarga Allahyarham Adib termasuk menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada keluarga Allahyarham bagi menjawab segala kemelut dan Konspirasi yang sedang berlaku.

“Dengan mandat dari keluarga itu nanti, Putra akan memastikan semua Misteri yang menyelubungi kematian Allahyarham Adib ini dapat membongkarkan tangan-tangan ghaib yang melindungi Penjenayah sebenar,” .

“Pihak keluarga Allahyarham Adib bolih menghubungi pihak kami segera bagi memberi mandat jika bersetuju.

Allahyarham Adib adalah mangsa keadaan dan kematianya wajar di bela sebaiknya mengikut undang-undang,”ujarnya lagi tanpa mandat keluarga Allahyarham Adib sukar untuk parti itu mengambil tindakan melalui gguaman kerana tiada locak standi.

Semalam Peguam Syazlin Mansor, yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta keluarga anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim, menarik diri daripada prosiding inkues kematian anggota bomba itu.

Perkara itu dimaklumkan Syazlin di hadapan Hakim Rofiah Mohamad, yang bersidang sebagai Koroner, ketika prosiding hari ke-37 di Mahkamah Koroner di Shah Alam.

Katanya dengan penarikan diri, saya percaya langkah untuk memanggil semula saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, yang juga bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof. Dr. Shahrom Abd. Wahid, terbatal.