Putus kerjasama dengan PKR sebab langgar banyak syarat

Putus kerjasama dengan PKR sebab langgar banyak syarat

Lantaran dianggap melanggar banyak syarat tahaluf siyasi, Dewan Ulamak Pas bersetuju untuk membawa usul agar partinya memutuskan kerjasama politik dengan parti PKR.

Lantaran dianggap melanggar banyak syarat tahaluf siyasi, Dewan Ulamak Pas bersetuju untuk membawa usul agar partinya memutuskan kerjasama politik dengan parti PKR.

Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, bagaimanapun keputusan muktamad bergantung kepada Majlis Syura Ulama.

“Kalau kita buka (undi) setuju (untuk putus), ramai akan setuju. Menyedari PKR langgar banyak syarat tahaluf siyasi dengan Pas, Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat bersetuju untuk mengusulkan agar tahaluf siyasi antara Pas dan PKR diputuskan, (namun) tertakluk pada keputusan Majlis Syura Ulama menurut peruntukan Perlembagaan PAS,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Ke-56 di dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) di Alor Setar, semalam ketika membacakan kembali usul yang dibawa oleh perwakilan Perak dan Negeri Sembilan.

Usul yang dinantikan banyak pihak itu kemudiannya mendapat persetujuan sebulat suara perwakilan.

Sehubungan itu, kedudukan empat anggota Exco Pas di Selangor menimbulkan persoalan sekiranya Majlis Syura Ulama memutuskan hubungan parti tersebut dengan PKR.

TAGS