Malaysia Dateline

Putus tunang sebab pasangan gaji kecil malas cari ‘income’ lebih- Jangan tanggung biawak hidup!

Satu Tweet berhubung keputusan seorang perempuan yang putus tunang kerana pasangan gaji sedikit bahkan malas untuk mencari pendapatan lebih mengundang pelbagai reaksi warganet.

Kehidupan hari ini sangat mencabar dengan iklim ekonomi yang sangat mendesak sudah tentu pendapatan pasangan memainkan peranan penting untuk membina rumah tangga.

Tweet daripada @SyedAkramin yang berkongsi status seorang perempuan yang putus tunang selepas dapat tahu pasangan bergaji kecil dan malas pula mencari pendapatan lebih.

Bagaimanapun dengan tindakan perempuan itu ramai yang membuat anggapan ‘patutlah dah tua tapi tak kawin lagi’.

Namun ramai yang menyokong keputusan perempuan itu lebih baik tidak kahwin seumur hidup daripada kena menanggung biawak hidup.

“Awak bukan mesin ATM,” tweet Syed Akramin.

Salah seorang warganet bersetuju dengan usaha wanita tersebut dan jangan rasa kecewa apabila jodoh lambat.

“Ambil masa memilih yang terbaik buat masa depan, jangan janji ada ‘laki’, maka sempurna hidup ini.

“Nanti kak mah akan tanya, “Bila nak ada anak pula?” Sampai bila bila tak selesai hidup ini.

“Lelaki tak semestinya kaya, yang penting ada kesungguhan kerja dan tahu urus duit dengan baik.

“Putus tunang lebih baik dari putus tali perkahwinan. Kewangan masih jadi antara punca utama orang berpisah hari ini.

“Sebagai lelaki, cari rezeki dan pendapatan ini tanggungjawab kita. Jangan sembang gaji bahagi 2 atau apa, jika kita faham agama.

“Lambat kahwin lebih baik dari awal kahwin dapat buaya dan biawak tembaga. Gittew,” kata Azizul Azli Ahmad.

Baca juga: Tidak mampu buat apa-apa hanya menangis, perempuan diterajang, ditampar remaja lelaki undang kemarahan netizen