Malaysia Dateline

Qatar sumbang US$50 juta untuk rakyat Syria

Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani mengarahkan sebanyak US$50 juta diperuntukkan untuk menyokong pelarian dan penduduk Syria yang hilang tempat tinggal, lapor agensi berita Anadolu pada Selasa.

Menurut agensi berita Qatar, sumbangan itu akan digunakan untuk pelarian Syria di Turki, Lubnan dan Jordan serta penduduk yang hilang tempat tinggal di Syria.

Ia menambah, Tabung Pembangunan Qatar dengan penyelarasan agensi pertahanan awam Topi Putih dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, akan bertanggungjawab menguruskan dana itu menerusi program bantuan kemanusiaan langsung.

Turki menerima lebih daripada 3.5 juta pelarian Syria, jumlah tertinggi berbanding negara lain di dunia.

Syria baru saja pulih daripada konflik berdarah yang meletus pada 2011 selepas kerajaan Bashar al-Assad cuba membenteras penunjuk perasaan.

— BERNAMA