Pelakon berbakat besar, Qistina Raisah meluahkan rasa syukur selepas buat pertama kalinya dapat membeli sebuah kereta idaman jenis Toyota Yaris menggunakan duit simpanannya sendiri.
Lebih membanggakan, kereta pertamanya itu dibeli pada usianya menginjak 16 tahun.
Ia adalah pencapaian cukup bermakna dan sebak bagi aktres ini yang sepanjang karier lakonannya, dia sering bergerak ke lokasi penggambaran dengan Proton Exora milik ibunya.
Pun begitu Qistina berkata, dia tidak berasa malu walau terpaksa menaiki kereta yang bukan dalam kelas kenderaan mewah kerana baginya kejayaan hari ini berkat dari kereta Exora itu.
“10 tahun ibu bawa Exora manual ni. Ibu pernah cakap ‘baby jangan malu tau naik Exora.’ Tapi saya tak pernah sekali pun malu saya naik Exora je sebab inilah kereta susah senang saya.
“Saya berjaya ke tahap oni dengan kereta Exora. Walaupun sekarang bukan kereta mewah tapi saya bersyukur dan saya bangga.
“Umur 16 tahun saya boleh bayar kereta saya sendiri,” katanya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Aktres muda itu pada masa sama turut menitipkan dedikasi kepada kedua orang tuanya atas pencapaian peribadi yang diraih pada usia muda.
“Terima kasih abah permudahkan urusan Qis beli kereta . Terima kasih ibu sentiasa sokong Qis,” tulisnya lagi.
Perkongsian berkenaan sehingga kini sudah pun meraih lebih 17,000 tanda suka dan kata-kata semangat yang dititipkan kepada Qistina.
Baca juga: Ingatkan susah sangat, ini cara senang nak buat sos Thai ‘homemade’, jimat duit!