Raba isteri pemuzik jalanan, warga Nepal pengsan dibelasah

Raba isteri pemuzik jalanan, warga Nepal pengsan dibelasah

Tertiarap di perkarangan gedung beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman malam tadi dalam keadaan berdarah, itu habuan diterima oleh seorang warga asing dipercayai dari Nepal apabila bertindak memeluk dan meraba seorang isteri pemuzik jalanan terkenal di ibu kota.

Anggota Genji Buskers, Mustam Mustapa, 34, ketika dihubungi Malaysia Dateline malam ini berkata, tindakan spontan tersebut terpaksa dilakukan bagi mempertahankan maruah isterinya, Farah Farliana Khairol Khashimi, 25.

“Masa itu kami macam biasa sedang buat persiapan untuk buat persembahan. Tiba-tiba dia (warga asing) raba dan peluk isteri saya depan orang ramai.

“Biadap sungguh punya pendatang spontan saya rembat terus (dia) tersembam. Pengsan. Mujur, polis bantuan Sogo sampai cepat tadi,” ujarnya yang juga dikenali sebagai Mus.  

Status facebook Mus menceritakan apa yang berlaku di hadapan pusat beli belah Sogo.Ditanya tentang laporan polis berhubung insiden gangguan seksual tersebut, beliau setakat tengah malam tadi belum lagi berbuat demikian.

Gambar yang turut beliau kongsikan kepada Malaysia Dateline menunjukkan warga asing terbabit dalam keadaan tertiarap dengan berpakaian tshirt berwarna putih dan berseluar jeans hitam.

Terdahulu, Mus yang berkongsikan kejadian tersebut di akaun Twitter  menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan warga asing terutama dari Nepal.

“Saya hanya jalankan kewajipan sebagai suami sahaja. Tak sedar tahu-tahu keras (pengsan) lepas tu darah meleleh,” ujarnya dipetik dari status yang dimuat naik di media sosial itu.

Apa pula selepas ini?

Ditanya tentang keputusan membenarkan sejumlah 1.5 juta warga Bangladesh masuk ke negara ini kononnya bagi memenuhi permintaan industri, beliau berharap kerajaan mengkaji semula keputusan tersebut.

“Saya sama sekali tak setuju. Apa pula terjadi selepas ini? Apa yang berlaku kepada kami tadi sudah begitu mengejutkan. Kalau ramai lagi pendatang asing yang masuk ke negara ini, tidak dapat dibayangkan apa nasib masyarakat, anak cucu kita nanti.

“Kadar jenayah secara tidak langsung meningkat ketika pada masa sama anak tempatan hilang pekerjaan. Paling kita bimbang, mereka tak mustahil dikambinghitamkan bagi tujuan pengekalan kuasa kerajaan sedia ada,” ujarnya lagi.

Mus dan isterinya Farah dalam satu persembahan di ibu kota.Kumpulan Genji Buskers memulakan persembahan muzik jalanan sejak tahun 2010 di sekitar Sogo dan Bukit Bintang setiap hari kecuali Ahad malam. Lazimnya, persembahan mereka di kedua-dua lokasi tumpuan orang ramai itu bermula pukul 8 malam sehingga 3 pagi.

 

 

 

 

TAGS