Rafidah dedah tanah ATM diberi kepada 3 individu tanpa tender terbuka

Rafidah dedah tanah ATM diberi kepada 3 individu tanpa tender terbuka

Tan Sri Rafidah Aziz turut memuat naik carta menunjukkan aliran bagaimana projek penswastaan membabitkan tanah ATM diberikan kepada syarikat pemilik kepada tiga individu tanpa tender terbuka.

Bekas menteri kabinet Tan Sri Rafidah Aziz dalam surat terbuka beliau semalam mendakwa Perdana Meneri Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku menteri pertahanan pada 2008 telah mencadangkan kepada kabinet mengenai penswastaan tanah Angkatan Tentera Malaysia kepada sebuah syarikat milik tiga individu.

Rafidah berkata, beliau pernah mempersoalkan cadangan tersebut kepada Najib dan Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku perdana menteri kerana cadangan ke atas 40,000 hektar tanah itu tidak dibuat tender terbuka dan tidak diserahkan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk bekerjasama dengan syarikat yang lebih berwibawa.

“Saya agak ragu dan telah bertanya kepada Datuk Ser dalam mesyuarat tersebut, mengapa diswastakan kepada syarikat yang tidak lansung diketahui rekodnya dan mengapa tidak diswastakan epada LTAT yang bolih bergabung dengan Syarikat-syarikat besar, yang ada rekod prestasi yang terbukti?

“Jawapan Datuk Seri kepada saya, dan di sambut oleh PM Abdullah ialah,‘Kita akan bawa masuk LTAT kemudian…’

“Tiada seorang pun menteri lain menyoal Datuk Seri. Kertas Kabinet telah diluluskan,” ujarnya yang ketika itu adalah menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Rafidah turut mendesak Najib mendedahkan nama tiga individu dan syarikat mereka dan perkembangan lanjut enam projek yang dikendalikan syarikat tersebut.

Surat terbuka Raifdah boleh dicapai di laman facebook beliau.