Rafidah naik pentas PH, ajak tolak BN

Mari ubah kontraktor yang jaga rumah kita, kata Rafidah.

Tan Sri Rafidah Aziz buat pertama kalinya naik ke pentas ceramah Pakatan Harapan malam tadi bersama-sama dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainudin.

Beliau mengajak rakyat negara ini memberikan undi kepada Pakatan Harapan untuk menyelamatkan negara yang dianggapnya sudah rosak ini.

Beliau yang mengibaratkan negara Malaysia sebagai sebuah rumah manakala kontraktornya sekarang adalah Barisan Nasional.

“Sejak 10 tahun yang lepas saya lihat ada sedikit melencong kerajaan yang ada, sebelum ini ia dijaga dengan baik.

“Kontraktor yang kita suruh jaga rumah kita, tetapi (Malaysia) habis bocor. Sejak sekian lama sejak merdeka ia dijaga baik tapi tiba 10 tahun ini pintu dah tak ada, tingkap dah dicuri orang.

“Rumah kita yang besar dah banyak penyangak masuk, curi almari, barang dapur, bila ditanya, ok kata dia. Dah macam-macam makhluk perosak serang rumah kita, serangga masuk, anak-anai dah mula merosakkan tiang, makan sebab itu saya saya keluar,” katanya di hadapan lebih 15,000 penyokong Harapan, di Melaka malam tadi.

Turut sama, Mahathir, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Sebelum ini, Rafidah hanya menyuarakan pandangannya melalui kenyataan dan tulisan sahaja.

Antara kenyataannya yang awal adalah mengenai kapal mewah Equanimity yang ditahan oleh kerajaan Indonesia di Bali.

Mengulas Rafidah, kapal mewah ini sudah ditemui beliau tahun lalu berhampiran Langkawi ketika beliau berahat di sana.

 

 

4.5
OVERALL SCORE
1 user vote x 9.0