Rafizi ‘berlapang dada’ dengan tuduhan Latheefa Koya

Rafizi ‘berlapang dada’ dengan tuduhan Latheefa Koya

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata dirinya berlapang dada dengan tuduhan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Latheefa Koya yang mengaitkannya sebagai seorang ajen Umno atau “Ponorogo”.

Latheefa yang juga peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak berpuas hati dengan Rafizi susulan gesaan supaya satu kongres khas diadakan bagi menentukan hala tuju hubungan dengan Pas semalam dan membidas Ahli Parlimen Pandan itu sambil mendakwanya ‘barah’ kepada pembangkang.

“Mengenai tuduhan saya ialah seorang ejen Umno dan rujukan kepada “Ponorogo” seperti yang dituduh oleh Saudari Latheefa Koya, kempen mengaitkan saya sebagai ejen Umno bukanlah satu perkara yang baru.

“Saya sedia maklum sejak lebih setahun yang lepas ada cerita yang dibawa di bawa kononnya saya telah dibeli oleh Umno (melalui Datuk Seri Zahid Hamidi, sebab itu nama jolokan disebut “Ponorogo”) untuk menghancurkan Keadilan dari dalam sebagai pertukaran kepada tidak ke penjara (kerana saya ada banyak kes di mahkamah).

“Saya berlapang dada dan tidak akan menjawab tuduhan-tuduhan itu kerana kita kesuntukan masa. Masa dan tenaga saya lebih baik ditumpukan kepada membina kempen di kerusi-kerusi marginal yang dibantu Invoke  dengan turun ke bawah berkempen setiap minggu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

{loadposition myposition} Ahli PArlimen Pandan itu juga berkata, beliau boleh mengesahkan bahawa tidak pernah berjumpa dengan mana-mana menteri atau pemimpin Umno-BN.

“Saya hanya bertemu Datuk Seri Zahid sekali sahaja di mahkamah dalam tahun 2012 untuk menyelesaikan kes saman beliau terhadap saya.

“Saya mengisytiharkan harta setiap tahun secara berkanun dan saya yakin rakyat tahu saya tidaklah ada kekayaan yang disyaki hasil dari sogokan.

“Saya memaafkan Saudari Latheefa Koya dan semua yang membuat pelbagai tuduhan terhadap saya.

“Saya tahu pandangan politik selalunya penuh dengan emosi, namun kita semua mempunyai niat yang sama iaitu untuk menewaskan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Umno/Barisan Nasional.

“Saya tahu ramai yang sering merasakan saya mengancam kedudukan politik mereka. Sebenarnya saya telah dijatuhkan hukuman penjara dan besar kemungkinan akan dihalang dari bergiat di dalam politik untuk satu tempoh melebihi 7 tahun.

“Saya tidak pasti sama ada saya akan kekal di dalam politik selepas saya menjalani hukuman (jika rayuan ditolak) kerana saya tidak boleh membaca masa depan. Oleh itu, saya tidak sewajarnya dilihat sebagai satu ancaman politik kepada rakan-rakan; sekadar seorang yang sudah terbiasa bersuara apabila saya berbeza pendapat,” ujarnya.

Justeru beliau mengajak semua ahli PKR dan Pakatan Harapan untuk menumpukan tenaga dan masa kepada usaha menumpaskan Umno-BN selaras dengan keputusan Majlis Presiden semalam.

CATEGORIES
TAGS