Rafizi buat laporan polis terhadap Jho Low

Rafizi buat laporan polis terhadap Jho Low

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini membuat laporan polis ke atas ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa terlibat dalam skandal 1MDB.

Rafizi membuat laporan tersebut di ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi pagi tadi dan ia merupakan permulaan kepada kempen #1MDBWanted.

Jho Low merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Petro Saudi kepada 1MDB.

Jho Low bekas Penasihat Terengganu Investment Authority (TIA) yang kemudian dikenali 1MDB.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja sedar tetapi juga telah menandatangani kerjasama antara 1MDB dan Petro Saudi bernilai RM3.92 billion (USD1 bilion).

Dalam laporan PAC mengenai 1MDB setebal 106 muka surat yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini membuat kesimpulan berjanjian kerjasama berjumlah USD1 bilion dibuat tanpa usaha yang sewajarnya.

Pada Ahad dalam satu kenyataan Rafizi berkata beliau akan mulakan kempen #1MDBWanted dengan laporan polis terhadap Jho Low.

Setiap minggu beliau akan tumpu kepada individu berbeza berdasarkan penemuan di dalam Laporan PAC mengenai 1MDB. Minggu hadapan Rafizi dijangka akan membuat laporan polis terhadap Shahrol Azral.

Dalam forum anjuran Pakatan Harapan di Shah Alam 14 April lepas, Rafizi berjanji akan menyeret sama semua yang terlibat dengan skandal 1MDB untuk bersama-sama beliau masuk penjara.

TAGS

COMMENTS