Rafizi dan Wong Chen disekolahkan netizen

Kerana silap langkah, dua tokoh besar kewangan dan ekonomi ini diserang netizen.

Setelah Rafizi Ramli diserang oleh oleh netizan kerana membuat teguran terbuka terhadap pengumuman tiga kabinet pertama Pakatan Harapan, ahli parlimen Subang, Wong Chen yang membela Rafizi pula diserang.

Ratusan komen dibuat oleh netizen terhadap tindakan beliau membela Rafizi dan lebih 90% darinya mengutuk tindakan kedua-dua mereka yang membuat perkara ini secara terbuka, bukan dalam bilik mesyuarat.

Seorang netizen, Saufi Dollah menegur, jika Wong Chen boleh berkata, PKR adalah parti yang paling banyak menang kerusi dan patut mendapat tempat yang baik, bagaimana pula nasib AMANAH di Johor dan Perak.

“AMANAH bukan parti yang diberi peluang bertanding paling banyak kerusi di Johor dan Perak pun walaupun layak bahkan paling sedikit. Tetapi AMANAH menang paling banyak kerusi. Di Perak, AMANAH menang 6 kerusi sedangkan Bersatu satu saja.

“Di Johor, AMANAH menang 9, Bersatu menang 8. Tetapi di kedua-dua negeri itu, bukan AMANAH pun yang jadi MB, walaupun sepatutnya AMANAH,” kata beliau.

Sebelum orang awam yang tidak dikenali membuat apa-apa komen terhadap Rafizi dan Wong Chen, penyokong utama PH, Ambiga Sreenevasan membuat teguran terbuka kepada Rafizi.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu meminta Rafizi menghentikan bersikap demikian.

“Berhenti mengarut,” tulis Ambiga, bekas pengerusi Bersih itu kepada Rafizi dan PKR.

Dalam ulasannya pada artikel FMT untuk isu yang sama, beliau berkata: “Saya sokong sepenuhnya pelantikan oleh perdana menteri. Tolong dahulukan negara berbanding hal lain. Rakyat sendiri berbuat demikian!”

 

8.3
OVERALL SCORE
: 8.0
5 user votes x 8.4