Rafizi hantar anak ke sekolah kebangsaan, anggap guru cukup rajin

Rafizi hantar anak ke sekolah kebangsaan, anggap guru cukup rajin

Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memberitahu beliau dan isterinya menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan.

Beliau yang dahulunya pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menyifatkan guru-guru di sekolah kebangsaan komited dengan tanggungjawab mereka.

“Banyak perdebatan mengenai mutu sekolah kebangsaan. Saya & isteri buat keputusan hantar anak ke sekolah kebangsaan.

“Setakat ini, saya rasa guru-guru cukup rajin dan semuanya baik.

“Isu sebenar ialah memastikan mutu baik di sesetengah sekolah diterapkan di semua SK (sekolah kebangsaan) seluruh negara,” kata Rafizi lagi yang juga pengasas Invoke Malaysia (INVOKE) menerusi akaun Twitternya.