Rafizi kekal disabitkan dengan OSA

Rafizi kekal disabitkan dengan OSA

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan salah satu sabitan terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli atas pertuduhan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan mengekalkan hukuman penjara 18 bulan.

Bagaimanapun, bagi pertuduhan OSA yang kedua di mana dia telah disabitkan oleh Mahkamah Sesyen, Hakim Datuk Azman Abdullah membebaskan Rafizi, yang juga naib presiden PKR, lapor Malaysiakini.

Hakim membenarkan penangguhan hukuman, sementara menunggu Rafizi memfailkan notis rayuan.

{loadposition myposition}

Mahkamah Sesyen sebelum ini mensabitkan Rafizi atas dua pertuduhan OSA dan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan, dengan hukuman itu diperintahkan berjalan serentak.

Rafizi didapati bersalah mendedahkan Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, tetapi dibebaskan daripada pertuduhan memiliki dokumen itu.

CATEGORIES
TAGS