Rafizi lancar Invoke Terengganu esok

Rafizi lancar Invoke Terengganu esok

Rafizi bersama Raja Bahrin akan membincangkan ekonomi Terengganu esok.Gendang pilihan raya mula dipalu. Sehubungan itu, tokoh politik Terengganu yang kini menggegarkan negara, Rafizi Ramli akan pulang ke Terengganu Jumaat esok bagi melancarkan program Invoke di negeri tanah kelahiran beliau itu.

Pada sebelah paginya, Rafizi akan melancarkan Invoke Negeri Terengganu sambil berbincang dengan para sukarelawan yang menyertai program itu di pejabat Invoke Terengganu yang terletak di Rimba Jaya Square, Gong Badak.

Dalam program berkonsepkan ‘in person with Rafizi’ itu, dialog dengan sukarelawan akan dibuat bagi merancakkan lagi kempen menjelang pilihan raya umum ke 14.

Invoke adalah program yang dilancarkan Rafizi sebagai sebuah badan bebas dari politik kepartian untuk mengumpul para sukarelwan bagi membantu kempen pilihan raya umum nanti.

Ia bertujuan mengumpul data dan maklumat mengenai pelbagai perkara termasuk data pemilih menjelang pilihan raya umum nanti.

Sehingga kini, ribuan sukarelawan telah berdaftar dengan Invoke dan menjalankan kerja mengumpul data untuknya.

Pada sebelah petang Jumaat pula, bermula jam 3 petang, Rafizi bersama ahli parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah akan berbicara dalam Wacana Ekonomi Terengganu.

Ia akan diadakan di hotel Tanjung Vista yang terletak di bandar Kuala Terengganu.

Pada malamnya pula, Rafizi akan bersama-sama dengan pemimpin Pakatan Harapan iaitu Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Baharin, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Him akan berceramah pula.

Ceramah itu akan diadakan di Wakaf Tembesu, Kuala Nerus mulai jam 9 malam.

 

TAGS