Malaysia Dateline

Rafizi perbetul putar belit fakta ‘budak Najib Razak’

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tampil perbetul putar belit fakta golongan yang digelarnya ‘budak-budak Najib Razak’ susulan pelawaan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN), Isham Jalil untuk berdebat.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau pada mulanya tidak mahu melayan perkara remeh yang dibawa golongan itu seperti Isham Jalil.

Walau bagaimanapun, Rafizi ingin mengulas untuk membuktikan kaedah puak BN dalam memutar belit fakta untuk mempengaruhi pembaca.

Rafizi, 45, menegaskan Isham, 46, berbohong apabila mengatakan beliau pernah kalah semasa Debat Piala Perdana Menteri pada 1991 peringkat separuh akhir.

Terdahulu, Isham berkata, dia menang pemidato terbaik debat manakala Rafizi hanya menang pada tahun 1992.

“Sekarang mungkin dia (Rafizi) nak ulang debat dengan saya. Saya ok dan tunggu saja,” kata Isham.

Isham Jalil

Mengulas dakwaan Isham itu, Rafizi menjelaskan bahawa dia masih berada di Tingkatan Dua sekali gus tidak mengambil bahagian pun dalam Debat Piala Perdana Menteri pada 1991.

“Dia (Isham) cakap tahun 1992 baru saya menang, konon saya menang lepas dialah.

“Dia tak cakap yang saya menang Piala Perdana Menteri 1992 dan jadi pembahas terbaik dengan mengalahkan dia,” tulis Rafizi di Twitter disusuli emoji ketawa.

Jelasnya, hal kekalahan itu tidak Isham sebut bagi mengelak malu dalam kalangan rakan-rakan partinya.

“Bab tu dia sembunyi sebab malu dengan geng-geng Umno sendiri,” tambahnya lagi.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/rafizi-sudah-kurus-netizen-pujuk-kembali-dalam-politik/

Baca juga: https://themalaysialife.com/harga-makanan-ipt-melonjak-naik-selepas-mula-fasa-endemik/