Rafizi persoal kedudukan TH akibat petisyen muflis ke atas TH Heavy Engineering

Rafizi persoal kedudukan TH akibat petisyen muflis ke atas TH Heavy Engineering

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memulakan gelanggang lepas sambutan raya dengan mempersoalkan tentang petisyen muflis ke atas Tabung Haji Heavy Engineering yang diserahkan semasa cuti hari raya baru-baru ini.

“Cuti raya berakhir dan saya telah pulun berehat sepenuhnya dan In Sha Allah esok mula bertugas sepenuhnya.

“Perkara pertama yang saya akan tumpukan ialah kedudukan Tabung Haji berikutan beberapa perkembangan terkini yang ada risiko kewangan besar kepadanya bermula dengan petisyen muflis ke atas Tabung Haji Heavy Engineering yang diserahkan semasa cuti hari raya tempoh hari. Ada beberapa perkara lagi yang perlu pemantauan segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga akan tumpukan kepada soal pembiayaan pendidikan tinggi dan pendidikan secara umum.

“Selain itu, saya akan beri perhatian kepada isu-isu bersabit peluang pekerjaan yang adil kepada rakyat termasuk soal gaji yang adil,” katanya.

Skandal 1MDB katanya, keliahatan tidak akan ke mana-mana walaupun lebih banyak pendedahan telah dibuat.

“Masa yang sibuk dan semoga kita diberi kekuatan untuk terus memilih jalan yang bebas dari rasuah dan penindasan walaupun ramai yang melihat itu jalan yang sia-sia,” katanya.

Kata beliau, hakim kita bukanlah manusia tetapi Allah SWT yang menguji kita dengan semua perkara ini.

“Selamat kembali bergelumang dengan susah payah hidup di Malaysia yang kaya tetapi caca merba,” ujarnya.

TAGS