Rafizi ucap terima kasih kepada warga Invoke

Rafizi ucap terima kasih kepada warga Invoke

Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan Invoke dan rakyat Malaysia yang telah berkempen, menyumbang, mengikuti dan menggalakkan perkembangan Invoke sehingga menjadi organisasi kempen sukarela yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.

Kata beliau, setakat 9 Mei 2018, Invoke mempunyai 40,949 sukarelawan berdaftar di seluruh negara.

Daripada jumlah ini katanya, seramai 25,915 sukarelawan telah menawarkan diri menjadi ejen kira undi (PACA) di seluruh negara.

“Walaupun kami hanya menjejaki seramai 5,844 orang PACA yang menghantar maklumat dokumen peribadi atas talian melalui sistem, saya yakin ada ribuan lagi sukarelawan INVOKE yang menghubungi terus calon-calon dan menjadi PACA.

“Usaha Invoke melatih beribu-ribu PACA sejak awal 2017 adalah tidak sia-sia. Matlamat untuk meyakinkan pengundi supaya tidak patah hati dengan kebimbangan penipuan pilihanraya apabila ramai PACA terlatih diturunkan, nampaknya berkesan.

“Ramai juga yang turun mengundi beramai-ramai,” kata Rafizi dalam tulisan terbaharu beliau.

Kata beliau lagi, penghargaan paling besar tentunya kepada rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan yang saya dan pasukan saya perlukan untuk menjayakan Invoke.

“Walaupun dicemuh dan tidak dipercayai rakan dan lawan, kami terus cuba meyakinkan rakyat Malaysia sejak Januari 2017 lagi bahawa PH tetap boleh menang kalau pun berlaku pertandingan tiga penjuru di seluruh negara.

“Kami mengambil masa sehingga setahun sebelum kami ada kumpulan sukarelawan tegar di akar umbi yang yakin dengan kaedah kempen kami (iaitu menelefon pengundi atas pagar dan berkempen dari rumah ke rumah),” tambah beliau.

Uajrnya, rakyat Malaysia selalunya penyegan, mereka malu untuk bersua muka apatah lagi meluahkan kecenderungan mengundi kepada sukarelawan yang tidak mereka kenali.

Tetapi ribuan sukarelawan Invoke memberanikan diri untuk tetap menelefon pengundi atas pagar secara senyap-nyap dan mengetuk pintu, untuk memujuk mereka mengundi PH secara berterusan selama dua tahun,” katanya.

Invoke katanya lagi, akan beralih fokus kepada usaha-usaha lain yang sesuai dengan niat kami dahulu: untuk memberi ruang dan menggalakkan semangat sukarelawan rakyat Malaysia demi menyuburkan pengupayaan sosial, ekonomi dan politik.

Beliau berharap ramai rakyat Malaysia di luar sana yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan lebih kurang 100+ anak-anak muda (kebanyakannya berumur 23 ke 27 tahun); yang mengambil risiko meninggalkan kerja untuk menyertai Invoke sejak Ogos 2016 untuk menjayakan #ProjekBuangNajib

(Lihat tulisan penuh Rafizi dalam rungan rencana: Terima Kasih terhadap keluarga besar Invoke).

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS